SUJUD DAN KAITAN DENGAN OTAK MANUSIA


Seorang pakar neurology dari U.S telah memeluk Islam disebabkan beberapa penemuan yang mengkagumkan dalam penyelidikannya mengenai otak manusia. Ketika melakukan kajian tentang saluran darah yang membekalkan darah kepada otak manusia, didapati beberapa saluran darah tidak dimasuki darah, sedangkan fungsi saluran darah adalah untuk dilalui darah bagi membolehkan makanan dan oksigen dibekalkan kepada bahagian otak tersebut agar ia boleh berfungsi dengan normal dan sempurna. 


Penelitian lanjutan yang dilakukan , didapati darah tidak akan memasuki saluran darah berkenaan melainkan ketika seseorang itu sujud dalam sembahyang. Kadar aliran darah yang diperlukan hanyalah beberapa sukatan sahaja mengikut kadar sembahyang fardhu yang telah ditentukan oleh Allah. Barang siapa yang tidak mendirikan sembahyang, bererti otaknya tidak menerima bekalan darah secukupnya untuk berfungsi secara normal. Lantas menjelaskan kepada kita bahawa fitrah kejadian manusia adalah untuk menganut Islam dan sujud menyembah Allah. Makhluk Allah yang bernama manusia, tetapi tidak bersembahyang apatah lagi tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya otak mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membezakan antara yang baik dan buruk. Kadang-kadang mereka kehilangan pertimbangan untuk membuat keputusan yang normal.

http://dalzakga.blogspot.com/2013/04/solat-dan-sains.html

0 Response to "SUJUD DAN KAITAN DENGAN OTAK MANUSIA"

Posting Komentar